15 maut pertempuran sambut ulang tahun revolusi Mesir

0

Pertempuran antara penunjuk perasaan dan pasukan keselamatan menyebabkan sekurang-kurangnya 15 terbunuh dalam sambutan ulang tahun Revolusi Mesir 2011 sempena penggulingan Hosni Mubarak.

Ini susulan tindakan pasukan keselamatan mengetatkan kawalan di Kaherah dan beberapa bandar lain selepas penganut Islam melancarkan tunjuk perasaan terhadap Presiden, Abdel Fattah al-Sisi, bekas ketua tentera yang menyingkirkan bekas Presiden, Mohamed Morsi pada 2013.

Penunjuk perasaan yang majoritinya beragama Islam yang menyokong Morsi, bertempur dengan anggota polis, menyebabkan 13 penunjuk perasaan maut di Kaherah dan Alexandria.

Seorang pegawai kerajaan berkata, seorang penunjuk perasaan ini di Alexandria ditembak mati oleh polis selepas mangsa melepaskan tembakan ke arah mereka.

Beratus penunjuk perasaan bertempur dengan polis di tengah Bandaraya Kaherah.

Kementerian Dalam Negeri berkata, penunjuk perasaan ditembak mati selepas bertempur di dua kawasa kejiranan di utara Kaherah, kawasan yang dikuasai penunjuk perasaan beragama Islam.

Di tengah Kaherah pula, anggota polis terpaksa melepaskan tembakan di udara dan menyembur gas pemedih mata terhadap ratusan penunjuk perasaan yang berkumpul di Dataran Tahrir yang menjadi kawasan utama ketika revolusi menggulingkan Mubarak pada 2011.

Kenderaan perisai tentera juga dikerah berjaga-jaga di sekitar Dataran Tahrir.

Share.

About Author

Leave A Reply

© Selangor Daily dot Com. All Rights Reserved. Sign up for entries RSS and for the comments RSS. Powered by WordPress. SelangorDaily theme by TheJay
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE