56 mati selepas minum bir tercemar di Mozambique

0

Sekurang-kurangnya 56 orang mati di sini semalam selepas minum bir tradisional yang sudah tercemar, kata pihak berkuasa kesihatan Mozambique.

Selain itu, seramai 49 orang lagi dikejarkan ke hospital di daerah Chitima dan Songo di timur laut wilayah Tete manakala 146 orang lagi dilaporkan diperiksa disebabkan keracunan.

Pegawai kesihatan daerah, Alex Albertini berkata, mereka yang meminum bir terbabit itu menghadiri majlis pengebumian di situ kelmarin.

Pombe, bir tradisional Mozambique diperbuat daripada sekoi (tumbuhan) atau tepung jagung.

Pihak berkuasa percaya minuman itu bercampur dengan hempedu buaya ketika majlis berkenaan berlangsung.

Sehubungan itu, Pengarah hospital wilayah itu, Carle Mosse berkata, sampel darah dan bir tradisional itu dihantar ke Maputo untuk diuji.

“Kami tidak mempunyai kemudahan untuk membuat ujian,” katanya.

Katanya, keadaan mungkin bertambah buruk kerana wilayah berkenaan tidak mempunyai kemudahan mencukupi bagi mengendalikan masalah terbabit.

Tetamu yang hadir pada majlis pengebumian itu meminum bir berkenaan pada sebelah pagi dilaporkan tidak mengalami sebarang penyakit manakala mereka yang minum pada sebelah petang dilaporkan mengadu tidak sihat.

Share.

About Author

Leave A Reply

© Selangor Daily dot Com. All Rights Reserved. Sign up for entries RSS and for the comments RSS. Powered by WordPress. SelangorDaily theme by TheJay
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE