Budak perempuan terselamat nahas pesawat di AS

0

Seorang kanak-kanak perempuan terselamat dalam nahas pesawat persendirian di kawasan hutan Kentucky yang mengorbankan empat yang lain, menurut polis.

Polis dimaklumkan kejadian itu selepas menerima panggilan kecemasan daripada seorang penduduk.

“Pemanggil memberitahu polis bahawa kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun berjalan ke rumahnya untuk memberitahu bahawa beliau terbabit dalam nahas pesawat,” kata Sarjan Dean Patterson daripada Polis Negeri Kentucky dalam satu kenyataan rasmi di Facebook.

Kanak-kanak perempuan itu dibawa ke hospital dan mengalami kecederaan yang tidak mengancam nyawanya.

Petugas kecemasan bergegas ke tempat kejadian untuk mencari pesawat berkenaan.

“Penyiasat di lo kasi mengesahkan terdapat empat kematian. Ia membabitkan juruterbang dan penumpang lain,” menurut kenyataan polis. -

Share.

About Author

Leave A Reply

© Selangor Daily dot Com. All Rights Reserved. Sign up for entries RSS and for the comments RSS. Powered by WordPress. SelangorDaily theme by TheJay
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE