Militia Kurdis kuasai 90 peratus Kobane – CENTCOM

0

Pejuang Kurdis berjaya memaksa kumpulan IS berundur dan kini menguasai 90 peratus bandar sempadan Kobane di Syria, menurut US Central Command (CENTCOM), sekali gus mengesahkan dakwaan militia Kurdis.

IS yang menawan kawasan besar di Syria dan Iraq, mengerahkan anggota dan menghantar senjata dalam serangan bagi menawan Kobane yang terletak di sempadan Turki.

“CENTCOM mengesahkan bahawa pasukan anti-ISIL (IS) kini menguasai 90 peratus Kobane,” menurut satu kenyataan.

Tentera Amerika yang membantu puak Kurdis dengan serangan udara berterusan, agak berhati-hati dalam menilai situasi semasa biar pun militia Kurdis mendakwa mencapai kemenangan dalam pertempuran yang berlanjutan beberapa bulan itu.

Namun CENTCOM yang mengawasi tentera AS di Asia Barat dan serangan udara terhadap IS, menyatakan ia “mengucapkan tahniah” kepada pejuang Kurdis yang “bertempur dengan tabah dan berani”.

Share.

About Author

Leave A Reply

© Selangor Daily dot Com. All Rights Reserved. Sign up for entries RSS and for the comments RSS. Powered by WordPress. SelangorDaily theme by TheJay
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE