Coutinho, Sterling pacu Liverpool benam Southampton

0

AKSI Raheem Sterling (tengah) ketika menyumbat gol kedua Liverpool ketika menentang Southampton di Stadium St Mary, awal pagi tadi.

SOUTHAMPTON: Satu gol pada setiap babak permainan oleh Philippe Coutinho dan Raheem Sterling membutirkan kemenangan 2-0 kepada Liverpool mengatasi Southampton di Stadium St Mary, pagi ini.

Keputusan ini menggerakkan The Reds ke tangga keenam dengan hanya dua mata di belakang Manchester United yang mengisi tempat keempat walaupun tewas kepada Swansea 2-1, Sabtu.

Kekalahan untuk Southampton menyentap peluang mereka untuk layak ke Liga Juara-Juara, musim depan dan kini hanya satu mata atas Liverpool.

PEMAIN Livepool, Philippe Coutinho (kiri) bersaing dengan pemain Southampton, Victor Wanyama di Stadium St Mary, awal pagi tadi.

“Ini satu kemenangan besar untuk kami,” kata pengurus pasukan, Brendan Rodgers.

“Ini menunjukkan tahap permainan yang tinggi oleh pemain selepas hadir bertarung dalam perlawanan sukar di Eropah (menentang Besiktas dalam Liga Europa, Khamis). Mereka juga tidak membiarkan gawang dibocori dan menjaringkan dua gol.”

Coutinho meletakkan Liverpool di hadapan pada minit ketiga dengan satu rembatan cantik sebelum Sterling membuat tindakan susulan menolak masuk pada minit ke-73.

Share.

About Author

Leave A Reply

© Selangor Daily dot Com. All Rights Reserved. Sign up for entries RSS and for the comments RSS. Powered by WordPress. SelangorDaily theme by TheJay
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE