Ebola: AS tarik balik tentera dari Afrika Barat

0

Tentera Amerika Syarikat (AS) merancang untuk menarik balik hampir semua anggota tenteranya yang ditempatkan di Afrika Barat yang sebelum ini dihantar bagi membantu menangani penularan wabak maut Ebola.

Pentagon berkata, dengan penarikan balik itu sekali gus menamatkan misi lima bulan tentera AS di negara berkenaan.

“Pada satu ketika, angkatan tentera AS di Afrika Barat mencecah 2,800 namun dikurangkan kepada kira-kira 1,300 askar dan hampir semuanya akan pulang menjelang 30 April,” kata jurucakap Pentagon, Panglima Pertama John Kirby dalam satu kenyataan.

Pengumuman itu dibuat susulan wabak Ebola kini semakin berkurangan.

Share.

About Author

Leave A Reply

© Selangor Daily dot Com. All Rights Reserved. Sign up for entries RSS and for the comments RSS. Powered by WordPress. SelangorDaily theme by TheJay
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE