Debar hati Hanez

0

Pelakon Hanez Suraya berkongsi debaran menjelang detik pernikahannya dengan jejaka pilihannya, Romie Razin Adilha pada hari Sabtu ini.

Hanez meluahkan rasa bersyukurnya kerana akhirnya disatukan dengan Romie setelah mengharungi pelbagai dugaan dan cabaran.

Ternyata jodoh antara Hanez dan Romie masih kuat biarpun sebelum ini dilaporkan cinta mereka putus di tengah jalan.

Hubungan pasangan ini menjadi perhatian ramai tahun lalu apabila Hanez dikaitkan sebagai perosak rumah tangga Romie dan bekas isterinya yang dikatakan sedang berantakan.

“Secara jujurnya saya sendiri tidak tahu bagaimana mahu berkongsi perasaan bahagia ini dan berdebar dalam tempoh seminggu ini. Saya berharap agar semuanya berjalan lancar. Orang yang pernah dan akan berkahwin pastinya faham perasaan ‘nervous’ yang saya rasakan ini.

“Setelah 30 tahun hidup bujang akhirnya saya akan bergelar seorang isteri serta menempuh hidup baru berkeluarga. Keluarga sentiasa menjadi keutamaan buat saya selepas ini dan sebagai seorang ibu dan isteri, saya mahu buat terbaik untuk mereka.

Share.

About Author

Leave A Reply

© Selangor Daily dot Com. All Rights Reserved. Sign up for entries RSS and for the comments RSS. Powered by WordPress. SelangorDaily theme by TheJay
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE