Harga minyak naik, stok AS turun

0

Harga minyak mentah kontrak AS naik hari ini selepas sebuah kumpulan industri mengeluarkan data yang menunjukkan stok bekalan AS turun minggu lalu, kali pertama dalam tempoh dua bulan.

Pada pembukaan dagangan hari ini, kontrak AS naik 55 cents kepada AS$48.84 selepas ditutup turun AS$1.71 pada AS$48.29 semalam.

Brent pula naik 44 cents kepada AS$56.83 setong selepas ditutup semalam pada AS$58.39, turun AS$2.14.

Institut Petroleum Amerika (EIA) semalam mengeluarkan data inventori minyak AS yang turun 404,000 tong pada minggu berakhir 6 Mac kepada 439.4 juta tong berbanding unjuran penganalisis peningkatan sebanyak 4.4 juta tong.

Peniaga minyak mentah berkata, data stok mungkin terjejas kerana banyak kapal belum memunggahkan muatan kerana kesesakan di selat Houston selepas insiden perlanggaran kapal pada Isnin.

Pasaran minyak juga mendapat lonjakan berikutan pengumuman Libya menutup dua loji di timur negara itu berikutan ancaman daripada kumpulan militan.

EIA semalam menaikkan unjuran paras pengeluaran minyak domestik bagi 2015, tetapi menurunkannya pada 2016 kerana jangkaan penurunan harga global akan menjejaskan pengeluaran minyak syal AS.

Share.

About Author

Leave A Reply

© Selangor Daily dot Com. All Rights Reserved. Sign up for entries RSS and for the comments RSS. Powered by WordPress. SelangorDaily theme by TheJay
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE