IS dakwa bertanggungjawab serang muzium Tunisia

0

Kumpulan IS mendakwa bertanggungjawab melancarkan serangan ke atas pelancong asing di muzium Tunisia yang membunuh 21 orang ketika pihak berkuasa berusaha mengesan suspek.

Pihak berkuasa menyatakan mereka sudah mengenal pasti dua lelaki bersenjata yang terbunuh dalam serangan itu kelmarin dan menggesa perpaduan rakyat menentang keganasan di negara bermulanya Arab Springs.

Dalam mesej audio yang diletakkan di internet, IS menyatakan “dua kesatria dari IS…yang lengkap bersenjata automatik dan grenad menyasarkan Muzium Bardo” di ibu negara Tunisia itu.

Kumpulan itu yang mempunyai ramai anggota warga Tunisia, mengancam untuk melancarkan lebih banyak serangan dengan menegaskan: “Anda baru menyaksikan permulaannya.”

POLIS Tunisia memberi penghormatan terakhir kepada rakan mereka yang terkorban dalam serangan di Muzium Bardo, Aymen Morjane di Tunis semalam.
Share.

About Author

Leave A Reply

© Selangor Daily dot Com. All Rights Reserved. Sign up for entries RSS and for the comments RSS. Powered by WordPress. SelangorDaily theme by TheJay
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE