Legenda Tottenham, Dave Mackay meninggal dunia

0

Legenda Tottenham Hotspurs, Dave Mackay yang terkenal dengan kejayaan membantu Spurs menjuarai gelaran berganda pada 1961 meninggal dunia pada usia 80 tahun, awal pagi tadi.

Selain bersama Spurs, Mackay juga pernah beraksi bersama kelab Hearts dan Derby County selain mewakili Scotland di pentas antarabangsa.

Spurs dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, awal pagi tadi berkata bekas kaptennya itu adalah “seorang pemain yang amat berpengaruh pada eranya” dan “pemain bola sepak yang lengkap.”

“Kami sedih apabila mendengar berita kematian bekas kapten kami, Dave Mackay,” kata kenyataan kelab itu.

“Dave Mackay akan terus dikenang di sini sebagai salah seorang pemain terhebat kami dan lelaki yang tidak pernah gagal memberi inspirasi kepada sesiapa di sekelilingnya,”

Mackay menghembuskan nafas terakhirnya di sebuah hospital di Nottingham.

Lahira di Edinburgh, Mackay memulakan kerjayanya bersama kelab negaranya, Heart dan menjuarai tiga gelaran domestik Scotland pada era 1950-an.

Bersama Hearts, Mackay digelar pemain terhebat kelab itu.

Pada 1959, Mackay kemudian berhijrah ke Spurs selain menjadi muka penting pasukan kebangsaan Scotland dan membantu Spurs muncul kelab pertama di abad ke-20 memenangi gelaran berganda – Piala FA dan Liga Inggeris pada 1961.

Share.

About Author

Leave A Reply

© Selangor Daily dot Com. All Rights Reserved. Sign up for entries RSS and for the comments RSS. Powered by WordPress. SelangorDaily theme by TheJay
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE