Tekanan rakan sekutu tidak lemahkan PAS – Nik Abduh

0

PAS boleh menguruskan krisis yang timbul akibat tekanan daripada rakan sekutu dalam pakatan pembangkang DAP tanpa berlaku perpecahan rumah tangga, kata Anggota Jawatankuasa Kerja PAS Pusat Nik Abduh Nik Aziz.

Anggota Parlimen Pasir Mas itu berkata pelbagai tekanan yang diterima kebelakangan ini termasuk ke atas Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak langsung menggugat parti itu dalam pakatan, malah menjadikannya lebih kukuh.

“Tekanan ke atas Presiden sudah lama dan hasil tekanan yang lama itu kita (PAS) mendapat satu kedudukan yang lebih kukuh dalam pakatan dan akan terus kekal dalam pakatan.

Nik Abduh bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke-11 PAS Kawasan Putrajaya di sini.

Beliau ditanya mengenai masa depan PAS dalam pakatan pembangkang lebih-lebih lagi selepas DAP berterusan memberi tekanan ke atas Abdul Hadi.

Pada mesyuarat itu PAS Putrajaya sebulat suara mencalonkan Abdul Hadi untuk mengekalkan jawatan presiden serta mencalonkan Naib Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bagi jawatan Timbalan Presiden dalam pemilihan akan datang.

AJK PAS Pusat Nasaruddin Tantawi; Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Samad dan Anggota Parlimen Bukit Gantang Idris Ahmad dicalonkan untuk jawatan Naib Presiden PAS.

Share.

About Author

Leave A Reply

© Selangor Daily dot Com. All Rights Reserved. Sign up for entries RSS and for the comments RSS. Powered by WordPress. SelangorDaily theme by TheJay
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE