|
TepakBersulam
Nyata Ismail Kamus tidak lagi berminat untuk mewakili rakyat terutamanya rakyat yang telah mengundi beliau di DUN Gombak Setia.Perniagaan beliau yang kian bertambah maju dengan pendapatan yang melebihi RM 60,000 sebulan adalah lebih penting bagi beliau. Jika dahulu beliau boleh mengaut keuntungan dari sedekah ceramah-ceramah , kini ceramah tidak lagi menjadi sumber pendapatan beliau.
Jika di sidang Dewan yang lalu Ismail Kamus hanya tersandar seolah-olah tidak berminat untuk mendebatkan isu-isu rakyat , pada sidang Mesyuarat Dewan Undangan Selangor yang ke sepuluh, penggal empat, mesyuarat kedua ini, Ismail Kamus, langsung tidak menunjukkan batang hidung.
Apakah kemungkinan pengundi Gombak Setia tidak langsung menghadapi sebarang masalah. Apakah penduduk rumah setinggan Kampung Banjar terpaksa menutupkan telinga dan hati mereka setelah Ismail Kamus langsung tidak menjenguk dan cuba menyelesaikan masalah mereka dan janji Ismail Kamus , kini hanya tinggal janji. Eloklah mereka panjat kembali pokok-pokok mangga dan turunkan bendera PAS dan naikkan kembali bendera Barisan Nasional, setelah segala masalah mereka diselesaikan oleh Ketua Bahagian Gombak Sdr Ahmad Bujang.
Kelibat Ismail Kamus juga tidak kelihatan di Anak Bukit dan juga Pendang. Apakah semangat Ismail Kamus terhadap PAS kian luntur?Apakah kerana gagal memungut wang "sedekah " Ismail Kamus beranggapan tiada keuntungannya menjadi wakil rakyat.
Tentu sekali Ustaz Ismail Kamus faham akan hukum hakam Islam dimana wang elaun yang beliau terima itu menjadi haram apabila beliau tidak melaksanakan tugas yang diamanahkan oleh beliau. Jika sekiranya beliau enggan lagi menjadi wakil rakyat, letak jawatan dan beliau harus bersikap adil kepada pengundi Gombak Setia. Sekarang ini baru terbayang penyesalan pengundi Gombak Setia , rata-rata mereka mengatakan bahawa "Ismail Kamus cakap tak serupa bikin."
|